Quantcast
Channel: NoReason
Viewing all 130 articles
Browse latest View live

Selamat Hari Guru, Cikgu

$
0
0
Assalamualaikum reader..


16 Mei.. Hari Guru.. 
Dikesempatan ini, ingin aku coretkan ungkapan TERIMA KASIH yang amat sangat buat semua guru-guru ku.. yang mengajar aku kira, baca, tulis. Yang mengajar aku langkah, jalan, lari. Yang mengajar aku kenal hidup. Yang mengajar aku menjadi insan berilmu. 


Tiada apa yang boleh membalas semua jasa kalian. Terima Kasih Cikgu.

#Tadika KEMAS Beaufort
#SK Pekan Beaufort
#SMK Beaufort
#UTM Skudai





Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa. 

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG,1979



Senyum selalu

Hantarkan pencalonan/penyertaan anda segera!

$
0
0
Assalamualaikum readers..

Kalau selama ni kita cuma dok tahu pasal Anugerah Bintang Popular, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Industri Muzik, Anugerah Skrin, Anugerah MeleTOP ERA dan segala bagai anugerah hiburan semata-mata, apa kata hari ni kita kembangkan kotak minda dah masukkan sedikit info tentang Anugerah/pengiktirafan dalam bidang Sains dan Teknologi yang mungkin kita terlepas pandang.




Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah membuka pencalonan untuk Anugerah Saintis Muda Negara (National Young Scientist Award 2014) dan Anugerah Juruteknologi Negara (National Technologist Award 2014). Apo ko bondo eh tu? Meh kita semak.


Anugerah Saintis Muda Negara
Anugerah Saintis Muda Negara diadakan sebagai satu pengiktirafan terhadap kerja dan pencapaian yang cemerlang oleh saintis muda dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains, teknologi dan inovasi (STI). Anugerah ini diharap akan memberikan perangsang dan galakan kepada saintis muda tempatan untuk meningkatkan kecemerlangan, kreativiti dan sumbangan dalam bidang penyelidikan sains dan teknologi (S&T). 

Anugerah ini menyediakan satu (1) hadiah bernilai RM20,000.00, plak dan sijil penghargaan.




Anugerah Juruteknologi Negara
Anugerah Juruteknologi Negara diadakan sebagai satu pengiktirafan terhadap kerja dan pencapaian yang cemerlang oleh Juruteknologi (Juruteknik/Pembantu Makmal serta kakitangan separa ikhtisas) yang kerja-kerjanya berkaitan dengan sains dan teknologi (S&T). Anugerah ini diharap akan memberikan perangsang 
dan galakan kepada mereka untuk meningkatkan kecemerlangan kreativiti dan melipatgandakan usaha mereka untuk membantu memajukan penyelidikan sains dan teknologi di Negara ini. 

Anugerah ini menyediakan satu (1) hadiah bernilai RM10,000.00, plak dan sijil penghargaan.




Boleh tahan jugak kan, apatahlagi kalau kita memang terlibat secara langusng dalam bidang-bidang itu. Sambil-sambil melaksanakan kerja dengan amanah, tekun dan efisyen boleh juga kita calonkan diri untuk mendapat pengiktirafan negara, baru berbaloi-baloi dan bersemangat waja nak kerja ye dok. 

Kalau anda berkelayakan apa salahnya hantarkan pencalonan/penyertaan anda sekarang juga. Tarikh tutup adalah pada 30 Jun 2014. Ada lebih kurang sebulan lebih lagi. Nak maklumat lanjut mengenai:

• Ringkasan Pencalonan Anugerah Saintis Muda Negara 2014
• Syarat Anugerah Saintis Muda Negara 2014
• Senarai Semakan Pencalonan Bagi Anugerah Saintis Muda Negara 2014
• Borang Anugerah Saintis Muda Negara 2014




Hantarkan sekarang!


Senyum Selalu


Emel SPAM

$
0
0
Assalamualaikum readers...

Pernahkah korang terima emel yang bukan-bukan, merepek-merapu, merewang, tah hape², tak logi blablabla. Contohnya seperti:


Maybank: Akaun anda telah tamat tempoh, sila klik link ini untuk kemaskini

RHB: Akaun anda telah disekat, sila klik untuk pengesahan

Markonah: Tawaran perniagaan luar negeri

Panda: Anda menang cabutan bertuah!!!


Aku selalu sangat dapat emel macam ni. Dari bank yang paling selalu. Bank yang aku tak pernah buka akaun pun tetiba dapat emel akaun disekat, apakejadah semua itu. Memenuhkan mailbox je tau. Penat nak delete. Kalau korang tak perasan jugak, meh nak bagitau camana kah ropenye emel SPAM ney:

  1. Meminta kita agar memasukkan maklumat peribadi atau maklumat akaun emel.
  2. Pada kebiasaannya ia dihantar pada masa bukan waktu pejabat
  3. Kandungan susunan ayat tidak teratur. Mengandungi banyak kesalahan ayat. Kemungkinan menggunakan Google Translate untuk mencipta ayat-ayat tersebut
  4. Mempunyai pautan (Link) meminta untuk kita klik, sama ada untuk mengisi borang atau mendapatkan sebarang maklumat lanjut.
  5. Meminta kita untuk memuat turun (download) sebarang lampiran (Attachment)




Berhati-hatilah ye, jangan ikut suka main klik je link yang tah sape-sape hantar, lebih-lebih lagi yang menjanjikan bulan dan bintang, ayat-ayat manis bergula.. semua tu boleh buat derita kena diabetes.. Sekian.



Senyum selalu

Kenyataan media JAKIM berkenaan keputusan Mesyuarat Khas berkaitan isu penemuan DNA Porcine dalam Produk keluaran Syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd.

$
0
0
Assalamualaikum readers,

Hujung minggu yang lepas, kita digemparkan dengan Pengesanan DNA Porcine (DNA B*bi) dalam coklat susu dengan kacang hazel - Cadbury Dairy Milk. Pergh.. memang ramai yang berasap, bila bab halal haram timbul, lebih-lebih lagi melibatkan makanan yang digemari ramai. Penggemar-penggemar coklat terutamanya peminat tegar Cadbury memang rasa nak pegi serang jek kilang cadbury. Sejujurnya, aku bukan penggemar cekelat, tapi pernah la jugak makan cekelat cadbury ni, memang terasa bebenor nak m*ki hamun. 

Sekali dah keluar hakikat macam ni, memang seumur hidup aku takkan makan dah cadbury ni, semua jenis.. semua perasa.. semua kategori... walaupun nanti dia kuar kenyataan dah halal or wat so ever.. boleh blah.. 

Oh.. entri ni sebenarnya bukan nak membebel panjang, cuma nak kongsi dengan u ols Kenyataan Media Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkenaan keputusan Mesyuarat Khas antara JAKIM, KKM, KPDNKK, Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Standards Malaysia berkaitan isu penemuan DNA Porcine dalam Produk keluaran Syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd.


 


Pada aku la kan, bab halal haram, jadi darah daging memang takkan ada kompromi lagi. Tiada peluang kedua. Say NO to CADBURY.. 




Senyum selalu

Cerita cinta Ahmad Ammar

$
0
0
Assalamualaikumreaders,


Sedang membaca kisah Ahmad Ammar di dalam buku ini. Sangat terkesan di kalbu.




"Dunia biarlah berpenat, akhirat tempat aku berehat. Perjuangan yang belum selesai...

Al-Fatihah




Senyum selalu

Key board warrior

$
0
0
Assalamuaaalaikumm readers...

Entriiii eini seeemmpena
Keyboard yaaaaaaaaaaa  ng meragaaam

Ssssakit haaaaaaaaaati kite ni.. Tekan tekan tak dapa.    T


Senyu seeeelalu


*entri diatas di taip semasa key board menggila.. kejap boleh tekan.. kejap tak boley... kejap tekan sekali keluar berkali kali* nyampah***



I AM .....

$
0
0
Assalamualaikum readers..

Sabtu lepas, tempat kerja buat tournament bowling untuk staf! Memandangkan kat unit aku ni, semua orang berbakat dalam semua perkara, maka haruslah kami menghantar satu team terhebat di Alaf ini yang dinamakan 'paper cutting'. Motif nama kumpulan paper cutting masih belum diperhalusi lagi sehingga kini, namun ianya tercetus akibat rasa protes yang tak tak dapat dibendung lagi satu ketika dulu. Relevannya?? nama tu cam sedap je nak sebut :p

 


Tournament berlangsung Sabtu lepas dengan keadaan cuaca baik dan suhu lebih kurang 30 darjah celcius diluar dan sepoi-sepoi bahasa di dalam. Tempat kat mana lagi kalau bukan ARL powerball Alamanda Putrajaya. Keseluruhan 15 pasukan bertanding, empat orang sepasukan (dua lelaki, dua perempuan), cross lane, empat frame.


Pemain-pemain bertaraf olimpik


Pemain bersama pasukan sorak terhebat


Pergh tak pernah-pernah den main empat game, paling banyak pun sebelum ni 3 frame ja. Tapi apa ada hal. Datang pagi-pagi tu, team kitorang dah menang perang psikologi. Datang dengan baju team paling cool haha. Who I AM? I AM........ Pastu team kitorang je yang datang siap dengan pasukan sorak haha.. Melampau betul. Menang belum tentu, yang pasti dah menang team paling cool... team paling havoc.. miahahaha


Who I AM.. I AM .......


Tengah game, memang lane kitorang la yang ala-ala bertanding olimpik. Gaya.. mutu dan keunggulan tu penting.. Sorak bukan main, baling ke longkang pun sorak juga.. yang penting sorak haha.. Gaya balingan dah macam atlet sebenar, tapi sayang melencong perginya huhu...

Paper cutting selfie


Akhirnya setelah melalui pelbagai rintangan dan halangan pin-pin boling itu, team kitorang yang pencapaiannya naik turun seperti zig zag telah berjaya menamatkan pertandingan di tempat ke-6 daripada 15 pasukan.. Wahhh kira okey la tu, we all ingatkan we all paling corot haha.. terbaik la team paper cutting. Next kita mesti masuk top 3 pulak haha.. berangan tak salah kan hukhuk.





Untuk kedudukan individu, aku ditempat ke 15 daripada 30 pemain. Jatuhan pin 119, 77, 94, 54. Game ke empat paling hampagas. 54 je.. sabotaj betul. Neway we all happy.. Next time harus join lagi. Hasilnya, dua hari jugak lenguh-lenguh tangan akibat membaling bola boling banyak kali sangat, maklumlah tak de maknanya nak straight kan.


Nota kaki: Apekah teruk sangat bahasa penulisan hari ini, caca marba betul. Maafkan saya wahai pakar-pakar bahasa..



Senyum selalu

Bongkar! Skandal terHANGAT, PANAS, meleTOP

$
0
0
Assalamualaikum readers..

Jeng.. jeng.. jeng...

Dasyat tak tajuk entri hari ni.. 
Dah ala-ala macam 999 pulak..
Skandal siapakah yang akan terbongkar di sini...




Jom kita terjah


>



>>



>>>



>>>>



>>>>>



>>>>>>



Maafkan saya... hehe.. tak ada skandal pun.. Tajuk ini ditulis adalah kerana, pemilik belog sedang membuat kajian ke atas kategori-kategori entri yang di sukai ramai.. Teeeet.... Nantikan keputusannya dalam entri seterusnya..

Jangan stress.. 




Senyum selalu


Saya mahu jadi televisyen

$
0
0
Asslamualaikum readers..


Sedar atau tidak sekarang ni kita lebih banyak berkomunikasi menggunakan hp/pc/laptop/tab atau apa-apa sahaja gajet. Mungkinkah kaedah bersemuka atau face to face sudah tidak relevan lagi di zaman moden ini, akibatnya kita lebih suka berkawan dengan gajet dari berkawan dengan orang. Keluar makan sama-sama, duduk satu meja tapi masing-masing senyap mengadap hp, gelak-gelak sambil sibuk tekan keyboard. Rupa-rupanya ber chit chat dalam whatsapp group, lebih parah lagi bila orang-orang dalam group tu ialah orang-orang sama yang sedang duduk makan semeja. Apakah????

Beberapa hari lepas, ada terima kisah ni dalam whatsapp group.. oke whatsapp groupagain.. huhu.. terasa nak berkongsi dengan semua yang mungkin belum pernah membacanya... kisah benar atau sekadar rekaan bukan persoalannya, tapi mesej yang cuba disampaikan.. renung-renungkan..







"SAYA MAHU JADI TELEVISYEN"


Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya

 'Kenapa menangis ni?'

 'Lihatlah karangan budak ni..'

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.


 Jadikan Saya Sebuah Televisyen

"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen.

Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sebagaimana peti telivisyen di rumah saya. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya.

Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen.

Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.

Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.

Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada setiap masa."


Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata  'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'

Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.

'Abang, itu karangan anak kita!'


Jika diperhatikan sekarang ni.. suami dan isteri masing² dok sibuk belek dan fokus hp masing2.. layan email.. facebook.. whatsapp.. wechat.. kadang-kadang anak² dok tengok je dari jauh sambil main mainannya.. JANGAN sampai nanti anak² kita pulak buat essei.. 'Jadikan saya sebuah Handphone'.. huhu

Sama2 la kita berikan perhatian pada insan-insan disekeliling yang perlukan perhatian dan kasih sayang kita.. InsyaALLAH.. Spread the ❤❤❤❤ 



Senyum selalu

Tukar: Postpaid ke prepaid

$
0
0
Assalamualaikum readers,


Aku adalah pengguna Celcom sejak dari ianya dikenali sebagai TM Touch bertahun-tahun dahulu. Lepas ia di rebranding kepada celcom, aku masih lagi setia dengan Celcom Xplore. Lepas dah kerja pun masih dengan prepaid, namun entah kenapa (terasa dah kaya agaknya) aku tukar dari Celcom prepaid kepada Celcom postpaid.




Lepas beberapa tahun aku rasa macam sangat rugi membayar bil RM98 + 6% tax = RM103.00 sebulan sedangkan aku sangat jarang telefon orang apatah lagi SMS. Dengan kawan-kawan, boss, rakan sekerja semua lebih senang guna Whatsapps. Akhirnya aku buat keputusan untuk tukar balik daripada postpaid kepada prepaid. 

Mula-mula call celcom centre untuk tau proses dia. Rupa-rupanya Celcom TAK BOLEH tukar daripada postpaid kepada prepaid. Kita kena keluar terus daripada Celcom dan register kepada prepaid telco lain seperti maxis, digi atau Umobile. Lepas tu baru pegi ke Celcom balik untuk tukar pulak dari prepaid telco lain tu kepada prepaid celcom. Huih leceh kan. Kalau ikutkan hati malas nak buat. Agaknya ni strategi celcom la kan tak nak bagi orang tukar postpaid ke prepaid.

Dijadikan cerita, aku pun nekad nak tukar ke prepaid. Aku pegi kat boulevard di Lebuh Nilam, Bukit Tinggi, Klang. Kat situ senang, semua telco centre sebelah-sebelah je. Pegi Celcom dulu settle kan bil, kalau ikutkan customer service celcom dia suh tukar pada Umobile, senang katanya tak de kontrak. Kalau dengan Maxis atau Digi kena guna sekurang-kurangnya tiga bulan baru boleh tukar.





Aku buat keputusan tukar pada Maxis, guna je la dulu tiga bulan, kalau best guna terus, kalau tak best tukar Celcom balik haha. Pegi Maxis terus tukar dari postpaid Celcom pada prepaid Maxis. Isi borang pas tu dia bagi sim kad baru. Kena tunggu 24 jam sebab dari telco lain. Tiada bayaran pertukaran dikenakan. FREE jah. Yang penting nombor telefon kekal dan tidak menjejaskan benda-benda penting seperti TAC nombor untuk online transaction. Now dah seminggu pakai prepaid Maxis aka #hotlink, berpisah kejap dengan celcom huhu. Tapi yang tak syok nya kekadang terlupa yang kita pakai prepaid. Kena men top up balik...

Nota kaki: Kalau nak tukar dari Maxis postpaid ke Maxis Prepaid boleh je buat terus, cuma dia kenakan penalti RM25.00



Senyum selalu

Mana mamanya?

$
0
0
Assalamualaikum readers?


Seorang wanita bersama anak saudaranya yang berusia 3 tahun sedang bersantai diluar rumah sambil mengadah ke langit merenung si anak bulan yang bersinar terang di angkasa raya.




Anak sedare : mak ucu.. mak ucu.. apa tu? 
sambil menunjuk ke arah anak bulan.


Mak sedare : ooooo.. itu anak bulan sayang... 
jawabnya sambil mengusap lembut rambut si anak kecil. Si kecil pun memandang si emak sedare dengan mata terkebil-kebil dan muka konfius.


Anak sedare : anak bulan???


Mak sedare : iye... anak bulan...


Anak sedare : mana mamanya???? 


Mak sedare terdiam.. 

krik krik.. krik krik.. bunyi cengkerik... 

Si mak sedara pulak yang terkebil-kebil menatap si anak kecil yang masih menagih jawapan.. Adoyai sayang.. sel-sel otaknya sedang berhubung!



Senyum selalu

Pertama Ramadhan ini

$
0
0
Assalamualaikum readers...


1 Ramadhan 1435


Selamat berpuasa pada semua. Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga, lapi lebih daripada itu. Perjuangan menahan hawa nafsu, mengawal mata, lidah, mulut daripada melakulan perkara-perkara yang di tegah.




Pertama Ramadhan ini, keluar dengan housemate ke gateway Bangi, nak beli barang2 Rumah sikit. Keluar dalam 10.30. Jalan raya lengang aje, sebiji dua je kereta yang kelihatan. Agak nya ramai yang lebih suka duduk di rumah pagi Ramadhan ni.

Pertama Ramadhan ini.. Semoga berjaya melalui nya dengan lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Dan semoga yang baik itu akan berkekalan hendaknya.




Pertama Ramadhan ini... 

Pertama Ramadhan ini...

Pertama Ramadhan ini...



Senyum selalu


Menu berbuka edisi 2 Ramadhan

$
0
0
Assalamualaikum readers...

Done sesi masak-masak untuk berbuka hari ini. Sempoi saje..


#Nasi
#Sayur kobis
#Ayam goreng tepung
#Jemput-jemput naget ikan




Ohsem.. Ni pun dah oke.. Azam tahun ni nak mengelak sehabis daya dari menyinggah dan menyoping di pasar Ramadhan. Kalau tersasar pegi situ mesti pembaziran tahap tertinggi akan berlaku.

Semua nampak sedap dan menyelerakan. Semua macam yummy je. Beli sampai tak cukup tangan. Hasilnya tak sesedap yang disangka. Kenyang yang amat. Tak habis. Buang.......

Elakkan pembaziran di bulan Ramadhan. Masak sendiri. Jimat dan pastinya kena di anak tekak huhuhu.

Selamat menjalani ibadat puasa. Jom berbuka..


Senyum selalu


When ur wife says "switch seats"

$
0
0
Assalamualaikum readers...

Mula-mula tengok gambar ni puas juga mikir apa ke benda nya.. Tak paham.. Lama juga la baru paham, then barulah dok sengih sorang-sorang.. Duhhh lampi (lambat pikap) juga aku ni kadang-kadang eh.. Hurm.. Kadang-kadang aje.. Huhu





Senyum selalu

Macam comel je...

$
0
0
Assalamualaikum readers...

Sedang membersihkan memori telefon bimbit daripada gambar-gambar tah hapa-hapa yang dah mencecah 7++ keping! Melampau betul. Dok belek-belek pic terjumpa pic yang macam comel je.



Ini anak sedara saye. Namanya Nur Raudhatul Izzah. Umurnya setahun 3 bulan. Gambar ni diambil masa dia berumur setahun bulan Mac lepas. Kekonon nak celebrate birthday beliau. Buatlah makan-makan sikit, walaupun menu makan-makan itu lebih kepada memenuhi selera dan tekak mak sedara dia huehuehue.




Budak ini memang agak drama sikit. Suka menangis tiba-tiba tanpa sebab. Kalau nangis tu kemain sedih lagi, macam kena dera. Air mana berjurai-jurai boleh tadah dalam gelas. Sedih bebenor gamaknya. Kita nak suh dia pose depan kek ambil gambar, dia boleh pulak melalak kesedihan sampai terjuih-juih bibir hah.










Adoiyai.. drama betullah si Raudhatul Izzah ni. Sekarang dah boleh jalan, kehulu kehilir dia menyukat rumah. Hurm.. rindu pulak kat dia haih... Awak ni comel laaahhh..



Senyum selalu


Al-Fatihah: Sharifah Aini

$
0
0

Assalamualaikum readers...

Innalillahi wainnailaihi rajiun.. Al-Fatihah..


Kuala Lumpur: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Damansara, Petaling Jaya akibat penyakit fibrosis paru-paru, awal pagi ini. 

Sharifah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.26 pagi ini. 

Isnin lalu Sharifah dimasukkan ke ICU selepas mengadu sesak nafas.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terbang Helang dan Seri Dewi Malam itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh anak lelaki tunggalnya, Omar Ali selepas mengalami masalah penafasan.


Dilahirkan pada 2 Julai 1953, Sharifah Aini memulakan kerjaya nyanyian selepas menjuarai Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968, membawakan lagu Tiga Malam.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan selepas Zuhur.

Sumber: bharian.com

Teringat lagu Nostalgia Raya yang memang meletop di waktu Ramadhan dan Syawal..

Tibanya syawal tanda ingatan
Ku kirim rindu di angin lalu
Kasih yang hilang ku hulur tangan
Di aidil fitri
Di aidil fitri ku pohon restu


Resepi: Nasi ayam madu

$
0
0
Assalamualaikum readers...

Hujung minggu yang lepas berjaya melepas gian terhadap nasi ayam (erk.. nasi ayam pun gian ke?) akibat daripada terlebih tengok resepi sampai teringin tahap petala ke lapan belas. Sebelum ni, nasi ayam termasuk dalam kategori masakan yang tak ingin dicoba sebab macam susah je nak buat. Macam renyah je. Tapi bila dah cuba buat sekali, eh macam senang pula huhu. Jom buat beramai-ramai. Resepi ni di google dan di inspirasikan dari blog Potret Kasih


Bahan-bahannya


Tiada dalam gambar ialah kicap manis huhu

  • 4 cawan beras (ikut suka anda nak masak berapa banyak)
  • 1 ekor ayam, asingkan kaki, leher, kepak, tulang untuk sup (patutnya ayam ni potong 4, tapi oleh kerana aku lupa nak cakap kat pakcik kedai, dia dah potong kecik-kecik.. pun bole juga)
  • Kiub ayam + sup bunjut + kayu manis + buah pelaga + bunga lawang + cengkih (untuk sup)
  • 6 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar madu
  • 2 sudu minyak bijan (aku tak letak sebab tak jumpa huhu)
  • 1 sudu besar mentega
  • Kuli kayu manis
  • Daun pandan (pun tak letak juga)
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya


Acane nak buat

# Mula-mula kita uruskan ayam dulu. Asingkan untuk perap dan untuk sup




# Tumbuk halia + bawang putih + garam. Lumurkan pada ayam. Perap sebentar.



# Sediakan kukusan air. Masukkan kaki, leher, kepak, tulang + kiub + sup bunjut + kayu manis + buah pelaga + bunga lawang + cengkih. 



# Tutup pengukus, bubuh ayam yang dah perap tadi. Kukus sampai ayam hampir-hampir masak.



# Keluarkan ayam yang dah dikukus, lumurkan dengan sos tiram. kicap manis, madu dan minyak bijan. Perap dalam 15-30 minit bagi semua serasi.




Sementara tu, meh kita uruskan tang nasi pula

# Panaskan mentega, tumis bawang merah, halia, bawang putih dan kulit kayu manis. Dah wangi semerbak, masukkan beras yang sudah dicuci. Goreng kejap. Jangan goreng macam nak buat nasik goreng pulak.




# Pindahkan beras ke dalam rice cooker, masukkan air kukusan ayam tadi aka sup mengikut jumlah beras. Ala macam masak nasi biasa cuma guna air kukusan ayam tadi. Masak nasi seperti biasa.



# Air kukusan yang lebih tadi bolehlah dijadikan sup. Tambah perisa sikit supaya lebih umph!


# Jangan lupa, ayam yang diperap tadi bolehlah di bakar atau digoreng dengan minyak penuh. Tak yah lama sangat sebab ayam tadi dah dikukus.



# Ayam yang dah sedia bolehlah dihias dengan salad, tomato dan timun. Kalau tak ada 3 benda itu, tak nasi ayam la pulak kan.




Okey.. Nasi dan ayam sudah ready. Sekarang kita buat sambal lada dan kicapnye.


Untuk sos kicap

  • Sos tiram
  • kicap manis
  • Minyak bijan (saya tak letak)
  • Sedikit sup

# Satukan semua bahan diatas. Elakkan dari terlalu cair. Dah siap.


Untuk sambal lada



  • 8-10 biji cili merah, kalau nak pedas letakkan beberapa biji cili kecik tu
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 4 sudu besar gula
  • 4 sudu makan cuka
  • 1/2 cawan air masak
  • Sedikit sos ikan (saya tak letak)

# Masukkan kesemua bahan dalan mesin pengisar. Blend sehingga sebati. Dah siap juga.


Inilah hasil akhirnya. Nasi ayam madu sedap meleleh. Memang best. Tak payah masak banyak-banyak lauk. Mudah dan senang bukan. Cubalah. Selamat memasak.





Senyum selalu

Tips: Aku dan Nuffnang CPUV Campaign

$
0
0
Assalamualaikum readers...

Rasanya tak perlulah aku memberi penjelasan berjela-jela pasal Nuffnang. Semua dah tahu, kalau tak takkanlah kebanyakan belog dok tepek ads nuff. Tak terkecuali la aku kan huhu. Memula berblogging dolu memang agak taksub juga la dengan nuffang ni, kekdahnya boleh menjadikan mokcik jutawan blogger gitu (haaa over sangat kan). Hari-hari dok buka nuff cek earning.. nampak tak betapa mata duitannya $$ diriku ketika itu.





Kejap-kejap tengok blog stats dah berapa unique visitor hari tu, pokoknya memang macam bertunggu tangga la ngan nuffnang menanti bilakah agaknya nak dapat ads kategori CPUV ni. Memula dapat la ads CPC, dengan hasil RM0.25 jek. Tunggu punya tunggu punya tunggu asyik dapat CPC aje. Padalah aku dah gigih ni mempraktikkan segala tips dari blogger-blogger otai camana nak dapat kan CPUV ads. Lama-lama gua dah fed up, gua pun dah busy mengalahkan pak menteri n jarang tulis entri, gua dah tak ambil pusing sangat pasal nuff. Gua sekadar berbelog sekali sekala.

Sehinggalah di satu hari pada bulan Mac tahun ni, tetiba aku rasa nak tengok per cerita la nuff aku ni memandangkan aku rasa pageviews belog aku cecah ribu riban juga la per day (hohoho bajet hot). Buat pertama kalinya ada satu iklan CPUV - LINE Shopping tengah on going. Pergh.. teruja kejap mak.. pes time la katakan... Tapi aku tetap jarang-jarang update belog sebab double busy tahap ekstrem. Habis je kempen LINE Shopping tu, aku dah tak dapat apa-apa kempen lagi. So aku biasa-biasa aja tidak lagi meroyan cam zaman remaja dulu.

Alhamdulillah.. sejak bulan lepas rezeki macam mencurah-curah ke ladang gandum pulak. Untuk Jun aje aku dapat lima kempen. Tiga dah credited dan dua lagi masih ongoing. Semalam dapat satu lagi. Syukur.. Bolehlah tambah pendapatan sikit huehuehuehue.




So.. mana tips nye haha.. Actually, mula-mula kena la ikut saranan dari nuffnang. Pastikan belog anda ada pembaca, update selalu, letak iklan dia kat tempat yang ditetapkan. Lepas tu SABAR.... InsyaAllah ada yang sangkut.. LESSON LEARN dari cerita hari ni pun ialah SABAR, rezeki pasti ada. Jangan jadi tukang klik iklan merata-rata dan tinggalkan komen "saya dah klik, klik me back". Huhu.. Happy blogging.



Senyum selalu.

#PRAYforGAZA

$
0
0
Assalamualaikum readers...


Usah ditangisi kekalahan Brazil dan Belanda dalam separuh akhir piala dunia, tapi tangisilah keperitan dan penderitaan saudara-saudara kita di bumi Gaza. Gaza dibedil secara berterusan oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Sesuka hati, sesedap rasa dia nak serang orang. Sekutu-sekutu Yahudi Laknatullah hanya berdiam diri seolah-olah 'menghalalkan' pembunuhan secara terang-terangan ini.





Kita mungkin tidak mampu untuk berjuang bersama mereka dari aspek fizikal, namun kita masih punya senata paling ampuh iaitu DOA. Di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, marilah kita sama-sama kita doakan semoga ALLAH membantu mereka dan menghancurkan Yahudi sehancur-hancurnya. Selamatkan la GAZA ya Allah, bantulah mereka. Bacalah Qunut Nazilah ini setiap masa dan ketika.




Atas rasa bertanggungajawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung kecemasan GAZA. Bantulah mereka sedaya upaya kita. Maklumat berkaitan seperti keratan akhbar berikut:






LIKE Facebook Aman Palestin untuk perkembangan terkini. 


#PrayForGAZA
#PrayForPalestine
#SelamatkanGAZA
#DOAuntukGAZA

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2014/2015

$
0
0
Assalamulaikum readers...

Anda masih tercari-cari cara untuk melanjutkan pengajian dengan tawaran biasiswa? Masih belum terlambat.. sempat lagi ni.. ada lagi seminggu. Cepat.. jangan berlengah lagi.



Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2014/2015 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.


Keterangan mengenai Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2014/2015, syarat-syarat permohonan dan panduan permohonan boleh diperolehi dengan melayari portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/ mulai tarikh iklan ini disiarkan.


Senyum selalu

Viewing all 130 articles
Browse latest View live