Assalamualaikum readers...
Rasanya semalam ramai la juga (ramai ke?) yang dok menanti-nanti episod akhir drama slot akasia Kerana Terpaksa Aku Relakan lakonan Amar Baharin dan Izreen Azminda.... Eh betul ke aku tulis nama dorang tu....

Drama ni adaptasi novel. So tak yah cerita panjang berjela-jela, korang pun dah tahu kan. Cumanya sebagai orang yang dah baca novel ni aku nak bagi review sikit pasal episod akhir, diulangi episod akhir sahaja huhu. Kalau nak review semua episod mau aku tulis novel lak kat sini.

Aku agak tidak berpuas hati dengan episod akhir ni. Erm macam di buat terlalu laju, semua nak di cramp kan dalam satu episod, dia jadi macam tetiba je.. Eh dah kat situ.. Eh dah jumpa.. Eh dah baik.. Eh kena pukul.. Eh koma.. Eh dah sedar.. Eh ayah dia dah ok.. Eh.. Eh.. Eh... terkejut-terkejut gitu... Cam tu la perasaan nya.

Pastu boleh buat dia buat ala-ala nak bagi soalan kuiz kat kepala penonton di saat-saat akhir pasal mak indah. Motif??? Sama ada nak buat part 2 atau nak suh orang beli novel..
Untuk keseluruhan cerita aku bagi 4 bintang. Untuk episod akhir aku bagi 3 bintang aje huhu.. Amacam, Ada macam juri fear factor tak? Oke tak de kena mengena.... Selamat berbuka puasa!
Senyum selalu
